Monday, February 4, 2008

Apakah dia OSI model ?
OSI ialah singkatan kepada "Open Systems Interconnection". OSI model telah dipersetujui pada 1984 [ISO] untuk membentuk satu standard komunikasi antara peralatan dan sistem pengoperasian.

Ketika belajar saya menggunakan kaedah mnemonic untuk mengingati 7 lapisan OSI
{ Please Do Not Trust Sales People Anymore }

  1. P - Physical : Perkara perkara yang terlibat secara fizikal contoh kabel, Cat5, Twisted Pair, NIC dll
  2. D - Data: Biasa nya disinilah ditentukan bentuk Protokol fizikal yang akan digunakan contoh : Ethernet, Frame Relay, X25 dll. Dalam kebanyakan kes, anda pasti pernah mendengar Switch Layer 2 , yang bermaksud switch tersebut menyokong pada peringkat Data sahaja.
  3. N - Network: Di sini biasanya ditentukan "Logikal Protokol" dan"Routing" untuk menyampaikan data kepada destinasi . Contoh terbaik logikal protokol ialah Internet Protokol [ IP address]. Jika anda mendengar switch with Layer 3, bermakna switch boleh melakukan "IP routing".
  4. T - Transport: Bahagian ini mengemudi bagaimana trafic dipantau [ Flow control]. Sebagai contoh Transport Control Protocol [TCP] dan UDP
  5. S - Session: Lapisan ini sebenarnya menunjukan bagaimana komunikasi di jaga [ Establish, maintain, End]
  6. P - Presentation: Bagaimana data yang diterima di pamerkan kepada destinasi. Contoh Browser, user interface
  7. A - application: Aplikasi yang dibina untuk berinteraksi dengan sistem pengoperasi

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online