Monday, February 4, 2008


Definisi "Hub" ialah alat penyambungan perkakasan dalam rangkaian setempat [ LAN : Local Area Network].

Hub mengandungi banyak "port", ia membolehkan perkakasan disambung atara satu sama lain.

Bagaimana Hub berfungsi ?
Apabila Hub menerima paket data, ia akan menyebarkan paket tersebut kepada semua "port". Yang demikian, semua perkakasan yang disambungkan akan menerima paket data tersebut.

Apakah "switch Hub" ?
"Switch hub" adalah hub yang berfungsi menyalurkan paket data terus kepada "port" melalui pembacaan rekod destinasi paket tanpa perlu menyebarkan paket tersebut kepada semua "port".

Switch Hub juga mempunyai "memori dalaman" yang dapat mengingati alamat destinasi [MAC Address] dan disimpan sedangkan Hub tidak.

Yang mana elok digunapakai ?
Kebiasaanya, penggunaan switch hub lebih sesuai memandangkan ianya lebih cekap dan pintar.
Harga switch hub juga lebih mahal berbanding dengan hub.
Jika anda pengguna di rumah, memadai dengan pembelian Hub

Apakah dia UTP Port ?
UTP berasal dari Unshielded Twisted Pair, ialah Kabel yang digunakan untuk menyambung antara PC, Printer , Router dan Hub. Port pada hub juga dikenali sebagai UTP Port.
Terkini, kabel yang dipasang untuk LAN adalah dari jenis Cat6.




0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online